Cara-cara Menjahit Zip Tersembunyi Pada Kain Susun Tepi

cara menjahit zip tersembunyi, jahit zip mudah dan cepat Add comments

Zip dicipta untuk memenuhi keperluan pembuat-pembuat pakaian seperti saya. ia digunakan dalam pakaian-pakaian lelaki, wanita dan juga kanak-kanak. zip ini menggantikan kancing-kancing yg popular kita lekatkan di baju kurung moden, blouse, kain, skirt, seluar, beg, dan seadanya..

Dalam entry ini saya menunjukkan cara-cara menjahit zip tersembunyi dengan mudah dan simple..



ukuran zip pada kain

ukuran zip

Gambar di atas menunjukkan ukuran zip pada kain.

 

tandakan pada akhir jahitan

tandakan pada akhir jahitan

Gambar di atas menunjukkan tanda yang saya buat untuk pengakhiran jahitan. di situ anda hendaklah menindih dua kali jahitan supaya kemas dah tidak mudah terkoyak.

 

tapak menjahit zip

tapak menjahit zip

Gambar di atas menunjukkan tapak untuk menjahit zip tersembunyi ,iaitu untuk susun sebelah kiri. tapak zip ini ada untuk kanan dan kiri. dengan adanya tapak zip ini, jahitan zip tersembunyi kita akan kelihatan lebih kemas dan cantik.

 

jahit zip sebelah kiri

jahit zip sebelah kiri

Gambar diatas menunjukkan jarum yang berada betul-betul ditepi zip,ini kerana untuk menghasilkan jahitan sebelah kiri yang kecil. seperti gambar di bawah.

jahitan dihujung bawah zip

jahitan dihujung bawah zip

 

gambar di atas menunjukkan hasil jahitan zip sebelah kiri yang kecil seperti yang saya katakan di atas tadi. dan gambar ini juga menunjukkan jahitan apabila sampai di penghujung bawah zip ,kita haruslah memusingkan kain untuk menghasilkan jahitan di sebelah kanan yang menyembunyikan jahitan di sebelah kiri tadi.

jahitan zip cara tersembunyi

jahitan zip cara tersembunyi

Inilah hasil jahitan di sebelah kanan. anda nampakkan, jahitan sebelah kiri sudah tersembunyi???

 

jahitan zip cara tersembunyi 2

jahitan zip cara tersembunyi 2

Nampakkan?? jahitan disebelah kiri tadi rapat dengan zip. dan jahitan sebelah kanan pula menutupi jahitan sebelah kiri.

 

zip yang telah siap

zip yang telah siap

Jahitan zip Tersembunyi yang telah siap.

zip yang telah siap 2

zip yang telah siap 2

OK… Inilah hasinya. Mudah kan??… sebenarnya menjahit zip ini sangat senang apabila kita mengetahui cara dan adanya pertolongan dari peralatan. contohnya, tapak zip kiri ini. Jahitan kita pun kemas dan cantik. Bolehlah anda semua mencuba teknik yang saya kongsikan ini untuk jahitan dimana-mana fabrik ataupun design yang ada perlukan. Selamat Mencuba:)

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 6.4/10 (20 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +7 (from 17 votes)
Cara-cara Menjahit Zip Tersembunyi Pada Kain Susun Tepi, 6.4 out of 10 based on 20 ratings
Full Video:

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in