Jenis Jenis Mesin Jahit – Pemilihan dan Penjagaan

Sewing Machines, Uncategorized Add comments

Tutorial : Jenis Jenis Mesin Jahit – Pemilihan dan Penjagaan

Jenis Jenis Mesin Jahit

1. Mesin Jahit Lurus
2. Mesin Jahit Sulam
3. Mesin Jahit Lubang Butang.
4. Mesin Jahit Ropol.
5. Mesin Jahit Tepi.
6. Mesin Jahit Sembat.
7. Mesin Jahit Kedut
8. Mesin Jahit Kelepek Gulung, Zip, Kun, Zig-zag
dan lain lain menggunakan tapak khas.

Pemilihan Mesin Jahit

Mesin jahit mempunyai fungsi masing-masing. Ada mesin jahit portable iaitu boleh dibawa kemana-mana dan ada yang mempunyai kaki. Untuk mereka yang menjahit sepasang atau lebih sehari, saya cadangkan membeli mesin jahit industri. Jika jenama Singer mesin jahit model SG-2591. Harganya sangat berpatutan dan mudah dijaga. Kebanyakkan mesin jahit zaman sekarang dibuat di China dan jarang boleh didapati dari Japan kecuali keluaran lama.

Saya memilih Singer kerana service after sales yang sangat mudah. Jadi kepada anda yang ingin membeli mesin jahit, pastikan kedai berdekatan dengan kawasan anda mempunyai service after sales yang baik supaya kerja anda tidak tergengdala ketika mesin jahit buat hal. Mesin jahit juga perlu diselenggara, seelok-eloknya anda tukar minyak hitam setiap dua tahun. Jenama mesin jahit yang senang mendapat alat ganti juga perlu dipertimbangkan.

Penjagaan Mesin Jahit

Penjagaan yang rapi membolehkan mesin jahit anda tahan lama. Sentiasa bersih mesin jahit setiap kali selepas menggunakannya. Minyakkan mesin anda supaya alat-alatnya boleh berfungsi dengan lancar. Simpan dan tempatkan di tempat yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Apabila tidak menggunakannya dan hendak menyimpan mesin jahit pastikan tapak penekan jahitan diturunkan dan masukkan kepala mesin ke dalam ruang. Ajar dan tunjuk cara yang betul menggunakan mesin jahit kepada mereka yang baru belajar mengguna mesin jahit, jangan biarkan mereka mencuba trial and error.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 8.0/10 (4 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Jenis Jenis Mesin Jahit - Pemilihan dan Penjagaan, 8.0 out of 10 based on 4 ratings
Full Video:

Leave a Reply

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in